Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Jasa Guru

Guru-guru yang masih saya ingat namanya semasa bersekolah menengah ialah: Cikgu Mad (guru besar), Cikgu Fikri (guru kelas mengajar Sejarah), Ustaz Hamid, Cikgu Lah (Abdullah-guru disiplin mengajar Bahasa Melayu), Nalla Thambi (guru Bahasa Inggeris), Cikgu Harun (cikgu Pengakap). Cikgu Rohana (guru sementara mengajar pelajaran Sejarah), Cikgu Yaakop. Semua guru-guru ini mencipta sejarah dalam kehidupan saya semasa di sekolah menengah. Saya bukan seorang pelajar yang nakal, jahat dan sebagainya. Malahan saya seorang salah seorang ketua Pengakap, Pengawas sekolah. Namun saya pernah kena rotan 2 kali akibat rambut terpanjang sikit kerana tiada wang untuk menggunting. Bagaimanapun saya tidak pernah berdendam dengan Cikgu Lah . Kami murid-murid sekolah di pedalaman nakal juga waktu itu (1970-1975). Namun kami tidak jahat dengan menghisap rokok mahupun dadah. Biarpun masa itu belum ada guru kaunseling, tetapi Cikgu Fikri cukup berdeplomasi dalam mendidik kami. Tutur katanya cukup lembut.

Masuk ke Sekolah Menengah Sik

Imej
Gambar pada 27 Disember 2010: Sekolah Menengah Kebangsaan Sik yang banyak mengukir kisah suka duka selama lima tahun di sini. Hari pertama masuk sekolah menengah saya pergi bersama seorang rakan bernama Azizan. Azizan tinggal bersama Mak Ciknya yang bekerja sebagai bidan kerajaan. Mak Ciknya tiada anak. Yalah kalau emak saya pergi pun dia tidak tahu apa-apa. Saya beritahu emak lebih baik pergi menoreh getah, kebetulan hari itu tidak hujan. Saya dan Azizan pergi mendaftar tanpa ditemani ibu dan ayah. Namun kami cekalkan hati dan berjaya juga! Itulah nasib anak yatim tanpa ayah.........

Cikgu Aziz

Imej
Cikgu Aziz seorang guru darjah saya pada tahun 1970. Berasal dari Pekan Nenas, Pontian, Johor. Kawan baiknya Cikgu Kusmin orang Kluang, Johor. Ketika itu terasa amat jauh Pontian dan Kluang. Namun setelah berkahwin dengan Muar saya kerap ke Kluang kerana kakak saya tinggal di sana. Kini saya tidak merasa jauh lagi kedua-dua tempat tersebut. Cikgu Aziz bersama murid-muridnya Apa yang menarik mengenai Cikgu Aziz ini ialah protesnya kerana dihantar mengajar di pedalaman Kedah. Bayangkanlah Kampung Sungai Batang terletak jauh dipedalaman Kedah. Segala kemudahan asas belum ada. Maka beliau sering menjinjing kasut bettel nya setiap kali hujan. Vespanya terpaksa ditinggalkan diluar kampung. Cikgu Aziz merupakan seorang guru yang sering nasihati saya agar meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Jika tidak sudah pasti saya menjadi seperti beberapa orang kawan yang tidak meneruskan pelajarn ke peringkat menengah.

Cikgu Puteh

Orangnya kecil saja. Namanya Puteh senama dengan emak saya,namun dia Guru Besar lelaki yang baik hati. Saya masih ingat ayah amat suka dengan perwatakannya. Oleh kerana dia baik hati akhirnya kami dibenarkan menumpang tanahnya seluas seekar. Hutan belukar ditanah miliknya kami jadikan sebuah rumah. Manakala emak menjadikan tanah tersebut sebagai kebun sayur. Cikgu Puteh merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Batang tempat saya belajar sehingga darjah enam. Maklumat yang saya perolehi beliau masih sihat dan tinggal di Kampung Kemelong Sik. Anaknya Cikgu Zainol pernah menjadi guru saya semasa di sekolah menengah.

Sahabat Sejati

Imej
Pagi Jumaat seperti biasa di kampung tempat tinggal saya. Setiap setengah jam bunyi gendang besar di masjid. Dum, dum. Gendang ini dibunyikan (dipalu) oleh Siak masjid, Pak Jusoh. Sambil-sambil tu beliau akan mengemas masjid dan mencuci mana yang patut sebelum masuk waktu solat Jumaat. Saya, Din Mail dan Tajuddin sedang bermain-main. Tajuddin sebaya saya kematian emak manakal Din masih ada ayah dan ibu. Ayah dan ibunya berasal dari Kelantan menyebabkan orang kampung panggil dia Mail Kelantan. Kami budak-budak panggil dia Pak Cik Mail. Orangnya rajin bekerja, berjimat cermat. Din anaknya muda setahun berbanding dengan saya dan Tajuddin. Tajuddin sebaya saya dan abangnya Chek Lah (Abdullah) baik orangnya. Duduk dari kiri: Tajuddin, Kanan: Kamaludin Berdiri tengah: Rosli Deraksa (rakan sekolah) Dalam asyik bermain Tajuddin dan Din bersuara mengajak saya ke masjid bersolat Jumaat. Saya kata tidak tahu. Tetapi kata Tajuddin dia akan ajar. Ikut saja apa yang yang buat bila masuk mas

Panyabit Kepala

Alam kanak-kanak adalah keseronokkan. Bangun pagi tak fikir lain selain bermain. Tidak kira pagi permainan yang pasti mesti hidup dengan berm,ain. Main pondok-pondok. Main askar melawan komunis. Main sungai. Main kereta buatan sendiri dengan menggunakan tin susu yang ditebuk dan di pasang pada kayu. Habis satu kampung kami keliling. Bising usah cakaplah tetapi itulah dunia kanak-kanak. Masih saya ingat sekitar tahun 60-an dan 70-an terdapat seorang berbangsa Pakistan masuk kampung menjual barangan. Penampilannya agak menarik bila saya kenangkan kembali dan kini sering bertemu orang-orang seperti ini di sekitar kita. Pakai baju Pakistan membawa satu kotak berisi cincin dan tasbih. Satu bungkusan kain berisi sejadah, kain sarung dan Al Quran dan kitab. Namun yang sedihnya bila dia masuk ke kampung dengan suaranya berbunyi " Manik kuran...., manik kuran" semua kanak-kanak menghilangkan diri. Kami menyorok di dalam rumah. Senyap sepi. Bila dikenangkan kembali kesian dia. Kenapa t

Azabnya Bersunat

Adik sudah bersunat? Kalau adik seorang yang berani maka kena baca catatan ini. Jika takut kerana ngeri disebut bersunat saya nasihat jangan membacanya. Namun jika nak menjadi orang yang berani maka adik wajib memaksakan diri untuk membaca catatan ini. Adik-adik yang bersunat cara moden tidak mengalami pengalaman seumpama ini kerana kaedah bersunat saya cara tradisional yang dilakukan pada tahun 1969. Kawan sebaya saya sudah bersunat. Berjalan pakai kain pelekat tapi kena angkat sikit kat bahagian depan semasa tidur atau berjalan. Berjalan mengengkang dan harus berhati-hati kerana kuatir tersepak batu. Tapi bila mereka terjumpa saya maka sudah pasti saya kena ejek sebab kononnya saya takut nak jumpa dengan Tok Mudim . Mereka menakutkan saya dengan mengatakan pisau Tok Mudim besar, tumpul. Kononnya ada yang tidak putus semasa kerja-kerja bersunat dilakukan! Wau berpeluh dibuatnya apabila mendengar kisah mereka. Satu pihak lagi menaikkan semangat saya pula. Jika tidak bersunat kau bukan

Emak

Imej
Saya pernah mengabadikan wajah emak di dalam Berita Minggu Dalam kehidupan emak adalah tempat saya bernaung. Maklumlah ayah sudah tiada. Tapi kata mak (yang sudah pernah kematian suami dua kali. Pertama ayah kepada kak Timah saya (kini di Keluang, Johor). Kedua ayah saya.) Kematian ayah tidak menjadi masalah besar sebab dia mempunyai anak lelaki. Tapi semasa kematian suami yang pertama dia menjadi nanar tidak tentu pasal. Saya menjalani kehidupan bersama emak yang menoreh getah, mengambil upah menanam padi dan menyabit padi. Itu jika musim padi. Sekiranya luar musim padi, jawatan hakiki mak ialah Penoreh Getah. Saya tabik kepada profesion Penoreh Getah kerana dengan jawatan itulah mak dapat menyekolahkan saya biarpun tidak setinggi mana. Malahan saya fikir masih ramai luar sana yang merupakan anak-anak penoreh getah sudah berjaya dalam kehidupan. Menoreh getah kebun orang secara pawah. Dapat 8 keping tuan kebun dapat empat keping. Peristiwa yang tidak dapat saya lupa bila suatu

Ayah Kembali ke Rahmatullah

29 Mei 1969 -Ayah saya terlantar sakit agak lama. Namun saya tidak tahu apa penyakitnya. Pernah suatu hari beliau agak sihat dan mandi seperti biasa. Seperti dia tahu, pagi itu ayah membersihkan dirinya dengan mencukur muka dan membuang kuku kaki dan tangan. Selang beberapa hari saya masih ingat emak bertanya ayah nak makan masakan apa malam nanti, ayah cuma berkata; "masaklah apa saja, aku dah nak mati" Saya berusia 10 tahun tidak mengerti apa-apa. Saya tidak tahu apa itu ertinya mati. Namun malam itu sedang orang menunaikan solat Maghrib emak membantu ayah mengajar Dua Kalimah Syahdah akhirnya baru saya tahu ayah telah tiada. Hujan di luar lebat. Waktu Maghrib. Ibu sisi ayah yang terkujur lesu "Bang Man. Bang Man. Mengucap bang....Lailahaillallah......Bang Man......." ibu kelihatan pilu...... " Ayah tak ada Mad.....". Mak keluar memanggil jiran. Aku menunggu sekujur kaku arwah ayah.....Aku masih lesu kerana baru reda demam panas. Kami ber