Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Belajar Hidup Sendiri

Tahun 1976 membawa saya ke suatu alam baru baru.... tamat persekolahan. Budak kampung apa nak buat lagi, bangun pagi masuk kebun getah tolong emak menoreh getah. Kadang-kala malas juga. Maklumlah menoreh getah mana dapat hasil yang lumayan? Lainlah jika tinggal kat bandar seperti zaman sekarang. Kerja kat setesen minyak dapat lebih RM300 ringgit. Anak saya lepas SPM dapat kumpul gaji RM700 sebulan! Bila malas nak pergi kebun, mak suruh masak kat rumah. Wau jadi chef! Sebab tu saya boleh bangga diri sejak umur 12 tahun sudah boleh masak nasi. Guna dapur kayu lagi. Setakat nak suruh saya masak lauk dalam senarai seminggu sudah kira ok... Masak kari ikan, kari daging, sambal udang, sambal ikan bilis, sambal petai, sambal sotong, pajri nenas. paling senang sayur tumis air! Lama-lama terasa juga perbezaan perasaan apabila asyik jadi orang dapur. Mana tidaknya apabila jiran datang tengok saya sedang memasak. Akhirnya saya mengambil keputusan masuk balik ke kebun getah, tapi dengan cara

Alam Persekolahan

Imej
Alam persekolahan merupakan detik paling menarik dalam kehidupan kita. Tanyalah sesiapa, akan mengatakan alam persekolahan akan membuatkan mereka mengingati semua kenangan tersebut. Saya pernah berada dalam beberapa majlis alumni persekolahan kerana bertugas sebagai Jurufoto, mereka akan bergaya, berbual mengenai alam persekolahan. Contoh seorang Dato bila bersalam dengan seorang pegawai tinggi kerajaan yang juga bertaraf Dato. Menariknya Dato berkenaan mengimbas semula zaman di asrama. Cerita tentang "ragging". Namun menurut mereka ragging tidaklah menjadikan mereka bermusuhan hingga kini. Saya mempunyai banyak kenangan semasa bersekolah. Namun sekolah saya tidaklah semegah sekolah lain. Sekolah di pedalaman. Tidak tinggal di asrama. bagaimanapun kami dapat menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Gejala dadah tidak ada. Rakan-rakan saya tiada yang menjadi samseng dan sebagainya. Sekiranya semasa di sekolah kena rotan, kereta, motorsikal guru tidak akan dipancitka

Hebatnya Perkhidmatan Teksi di Sik

Tahun 70an semasa saya tinggal di Sik satu perkhidmatan yang sering digunakan ialah teksi. Bas merupakan antara perkhidmatan yang murah namun jadualnya agak singkat. Perkhidmatan teksi jika sudah masuk jam 5 petang tidak akan beroprasi lagi. Pemandu teksi takut kerana kawasan Sik waktu itu masih terdapat pengganas komunis. Menariknya pada hari Selasa kerana Pekan Sik terdapat sebuah pekan sehari yang dikenali sebagai Pekan Selasa. Hari Selasalah orang Sik akan berbelanja secara sakan (belanja hebat). Penduduk Sik dari kampung Belantek, Nami, Naka, Gulau, Sungai Batang (kini sudah jadi Empangan Beris, penduduknya tinggal di penempatan baru Seri Beris) akan menjadikan Pekan Selasa sebagai Hyper Market mereka. Berbagai barangan keperluan akan dijual. Setelah saya tinggal di Lembah Klang barulah saya sedar Pekan Selasa amat murah hasil jualannya. Berbalik mengenai teksi. Hebatnya perkhidmatannya kerana pemandunya yang sanggup membawa kira-kira 10 orang dalam satu-satu masa. Sedangk

Menduduki Peperiksaan SPM 1975

Ketika hendak mengambil SPM saya mula risau kalau-kalau tidak sempat datang ke pusat peperiksaan. Rumah saya sejauh 10 batu dari Sekolah Menengah Sik kena pergi dengan bas. Jika tak ada bas, kena naik teksi. Teksi ada waktunya penuh dengan penumpang. Marzuki (ayahnya Zainal taukeh daging di Pekan Sik) mempelawa saya menumpang di rumahnya. Emak izinkan dengan membekalkan dua cupak beras. Adalah sedikit wang dibekalkan untuk keperluan sepanjang peperiksaan berlangsung. Ayah Marzuki menyediakan sebuah pondok di kawasan kampungnya bagi kami tinggal. Marzuki tinggal disitu dalam usahanya mengulangkali. Marzuki naik basikal dengan saya membonceng dibelakangnya. Alhamdulillah akhirnya saya selesai menduduki peperiksaan. Saya seharusnya bersyukur kerana keluarga Marzuki membantu dalam kesusahan. Kali terakhir saya bertemu dengan Marzuki di Stesen Minyak Bandar Baru Bangi kerana mengikuti program usahawan petrol pump. Dia kini sudah memiliki empat buah stesen minyak. Dua di Sik, dua di Kuala Lu

Lima Ratus Ringgit

Kampung Sungai Batang merupakan sebuah kampung yang mempunyai taburan hujan yang tinggi. Jika musim hujan akan berlarutan hingga tiga atau empat bulan. Jikalau ada orang yang tidak mahu berusaha maka dapur sudah tentu tidak berasap! Pekerjaan utama disini ialah menoreh getah,bersawah, berhuma (tanam padi bukit) berkebun. Makan gaji? Tidak ramai penduduk kampung itu makan gaji. Sebab sekitar tahun 1970an belum ramai yang masuk sekolah menengah dan universiti. Pernah satu tahun getah hanya boleh dijual dengan harga cuma 29 sen sekati (belum guna kilogram). Apa nak makan? Tapi saya dan emak makan juga. Rebus ubi kayu dalam nasi makan dengan ikan masin seekor kongsi berdua. Paling sedap dengan sambal belacan. Ulam kerdas dan jering santapan penyedap selera. Hingga kini jikalau saya terjumpa petai, jering dan kerdas pasti saya makan tidak kira di mana-mana waima kat hotel 5 bintang. Itulah makanan saya semasa susah. Jangan jadi Si Tenggang tau. Tahun 1975 saya kena ambil SPM. Emak pening ke

Sebuah Kamera

Saya anak orang miskin, tetapi berminat memiliki kamera. Bukankah pelik tu. Tapi usaha tetap ada. Ingat lagi masa tu ada satu judi kat kedai runcit. Tikam nombor. Ahhh budak-budak mana tahu itu judi. Bawa sepulh sen bayar kat tuan kedai maka kami akan koyak kertas. Jika keluar nombor yang sepadan barangan yang tergantung maka kita menang. Kalau tidak hancur duit tu. Dalam banyak-banyak barang kamera paling saya geram. Setiap kali pergi "tikam" langsung tak kena. Rupa-rupanya kamera itu hak tuan kedai..... Kempunan saya. Tapi adik tuan kedai baik dengan saya. Akhirnya kamera itu saya pinjam daripadanya beliau. Filem yang digunakan ialah 120mm. Itulah sejarah saya menjadi tukang gambar. Minat terus mendalam rupanya. Saya dapat meminjam sebuah kamera lama dari Pak Man. Dia memiliki kamera lama yang ditinggalkan oleh orang putih. Ingat tak pada zaman permulaan merdeka negara kita didatangi ramai orang-orang putih yang ingin membangunkan minda orang-orang Malaysia. Salah seorang o

Minat Menjadi Penulis

Imej
Tahun 1975 merupakan tahun dimana bermulanya penulisan menggunakan ejaan baru. Anda yang sebaya dan lebih veteran tentu pernah ingat peristiwa inikan? Ejaan lama tidak seperti sekarang. Cara dieja Chara. Cinta dieja Chinta. Air dieja Ayer. Ringkasnya jika mengeja perkataan yang ada Cha maka kini telah tiada "h" lagi. Sakit juga jiwa nak mengeja waktu itu. Namun kami pelajar yang akan menduduki SPM dan sebagainya dibenarkan membuat pilihan menggunakan ejaan baru atau lama. Saya membuat pilihan menggunakan ejaan lama. Tetapi selepas itu saya terus memahirkan diri menggunakan ejaan baru. Syukur akhirnya berjaya juga. Mana tidaknya sejak bersekolah rendah hingga menengah hampir sebelas tahun mesra dengan ejaan lama. Sekarang apabila buka balik buku-buku ejaan lama yang masih tersimpan di rumah rasa pelik juga. Anak-anak sudah tentu mereka lagi merasa pelik. Minat terhadap penulisan mula berputik masa itu kerana seorang guru Ilmu Alam (Geografi) merupakan penulis untuk Mas

Pengakap Sekolah

Imej
Saya amat berminat dengan pasukan beruniform. Saya juga berminat menjadi mata-mata gelap (perisiklah tu...). Dengan minat yang ada, saya memujuk emak untuk memasuki persatuan Pengakap sekolah. Kerana seronok menjadi ahli pengakap, saya berjaya lulus beberapa ujian dan berjaya menjadi ketua dalam pasukan pengakap. Pasangan saya Rosli bin Deraksa. Kami bersaing dalam banyak hal. Tapi kami tidak pernah bertumbuk. Hinggakan saya dan Rosli pernah menjalankan satu aktiviti menjual kalendar sekolah hingga ke Pulau Pinang. Jalan kaki dan menumpang orang. Tapi lebih banyak naik bas. Sebab tidak mampu berjaya kaki. Jual kalendar seringgit setiap satu. Yang syok kena membantu orang sebelum jual kalendar. Seronok menjadi ahli pengakap. Belajar berkawat, membuat ikatan tali. Rumusannya saya perolehi ia banyak membantu membina jati diri sehingga hari ini.Dengan mottonya "Membantu Orang Setiap Masa" maka saya fikir ianya masih releven hingga hari ini. Menyertai persatuan pengakap

Berlakon Teater "Sultan Mahmud Mangkat diJulang"

Imej
Sekolah Menengah Sik akan mengadakan Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan. Salah satu program ialah pementasan Teater Sultan Mahmud Mangkat di Julang. Krew Teater Sultan Mahmud mangkat dijulang Anggota Boria Saya ditawarkan menjadi pelakon tambahan sebagai kadam raja untuk membawa nangka yang telah dimakan oleh isteri Laksamana Bentan. Pengarah teater ialah Ustaz Hamid. Ustaz Hamid meminta sesiapa yang ada pokok nangka agar membawa buah nangka. Esuknya bila tiba hari pementasan kawan-kawan mengenakan saya dengan membawa buah nangka yang besar. Wau bukan main berat. Semasa adegan menyembahkan nangka untuk santapan Sultan Mahmud, tangan saya bukan main menggigil memegang buah nangka tersebut. Penonton bertepuk tangan kerana tangan yang menggigil tu menjadi lebih realistik. Pada hal mereka tidak tahu saya menahan bebanan buah nangka tersebut!

Siksanya ke Sekolah

Daerah Sik terkenal dengan suhu sejuk antara bulan Januari ke Mac setiap tahun. Seorang guru saya Cikgu Fikri mengajar Geografi tidak mahu tinggal di Sik. Dia sanggup sewa rumah di Gurun kerana tidak tahan suhu sejuk di Sik. Mana tidak sejuknya, Sik dikelilingi dengan tanah tinggi seperti berada di kawasan Genting Sempah, Pahang. Waktu pagi emak akan panaskan air untuk mandian saya. Ahh mandi pun cuma sebaldi sudah cukup lepas mandi sejuk lagi. Mandi jam 5 pagi mana tidak sejuknya. Kampung saya tinggal jaraknya dari sekolah ialah 10 batu (16KM). Jadi saya harus menunggu bas MARA jam 6 pagi Bas MARA yang dipandu oleh Pak Ripin akan tiba dari Nami jam 6 pagi. Sebelum bas tiba lori-lori balak akan berderum terlebih dulu. Jika lori balak sudah tiba untuk masuk hutan maka bas sudah hampir tiba. Rumah saya tiada jam. Tapi yang menjadi panduan hanyalah bila Alias akan tercegat depan halaman rumah. Masa tu sekolah menengah pakai seragam serba putih, jadi ada waktunya saya terkejut jug