Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

KWSP (EPF)

Tahun 1975 saya akan menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setelah membuat pilihan mata pelajaran, saya mendapati yuran harus dibayar sebanyak lebih seratus empatpuluh ringgit. Saya memandang masa depan yang gelap seperti gelapnya Kampung Sungai Batang yang ketiadaan letrik waktu malam.  Di mana saya nak minta emak mencari wang sebanyak itu. Sedangkan harga getah hanya 29 sen sekati (belum kilo lagi waktu tu). Paling banyak emak boleh dapat kumpul hanya $50 sahaja sebulan. Mana nak makan dan minum lagi. Hujan jangan difikirkan lagi, kalau turun kadang-kadang sampai tiga bulan walaupun tidak setiap hari. Mungkin sebab itulah agaknya kini Kampung Sungai Batang telah bertukar menjadi Empangan Beris kerana faktor taburan hujan yang tinggi di situ? Allah telah mengilhamkan emak untuk menyelesaikan masalah ini. Emak kata EPF dia belum dikeluarkan lagi. Saya melihat penyata EPF. Mana saya tahu apa itu EPF ketika itu. Namun, akhirnya saya faham bahawa EPF ialah wang simpanan e