Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Cikgu Putih

Cikgu Putih orangnya kecil sahaja. Guru lelaki yang mesra dengan orang kampung Sungai Batang. Guru Besar lelaki yang berasal dari Kampung Kemelong, Sik. Hatinya baik menyebabkan dia bermurah hati membenarkan arwah ayah menumpang di tanahnya berhanpiran Sekolah Kebangsaan Sungai Batang. Sekolah lama yang agak sempurna bagi sebuah kampung. Dinding papan bertingkapkan dawai agar angin mudah masuk. Ada guru-guru wanita kurang senang dan tidak selesa dengan sekolah ini kerana ianya terbuka. Orang kampung boleh masuk ikut suka. Kalau orang kampung balik dari kebun atau sawah mereka akan berhenti seketika sambil melihat guru-guru mengajar Mereka mungkin terpesona dengan wajah guru atau terpesona dengan apa yang diajar. Maklumlah tidak semua orang kampung yang celik huruf ketika itu. Justeru itu bahan yang diajar menarik minat mereka yang tidak pernah ke sekolah. Cikgu Putih baik orangnya. Tapi ada satu hari dia naik angin apabila kami membuat bising dalam kelas yang berhampiran dengan b

Surat khabar

Surat khabar sesuatu yang istimewa di Sik empat puluh tahun lalu. Akhbar perdana mengambil tempat dan menjadi wadah berita yang disukai ramai. Dalam sebuah kampung boleh dikatakan tidak semua orang yang membelinya Kalau beli pun hanya ketika keluar ke pekan Sik. Waktu itu hanya sebuah kedai sahaja yang menjualnya. Surat khabar akan tiba sekitar pukul 9 atau 10 pagi. Kampung Sungai Batang kebiasaanya kami membaca di kedai-kedai kopi atau kedai runcit. Kalau ada sepuluh helai muka surat khabar maka akan berpecah menjadi sepuluh orang. Kalau yang membaca mengenai sukan maka bab sukan yang direbut dulu. Rencana-rencana yang berat jarang orang baca. Kecuali kalau ada berita kemangkatan sultan, serang hendap komunis yang melibatkan kejadian di Gubir, Nami, Naka maka berita akan jadi panas. Walhal kejadian itu biasanya telah berlalu hampir seminggu. Oleh kerana sebelum ini sudah ada khabar bahawa kejadian itu berlaku maka apabila surat khabar mengeluarkan beritanya orang kampung akan terc

Gelap malam

Lampu letrik. Agak pelik bagi saya bila mendengar benda itu. Mana tidaknya sejak saya tinggal di Sungai Batang, rumah saya mana ada lampu letrik. Bila saya balik ke rumah Pak su di Padang Menora, dekat jalan ke Lunas saya merasai terangnya lampu letrik. Kalau emak saya suruh ke sana setiap musim cuti sekolah memang menyeronokkan. Ketika rumah saya hanya menggunakan lampu minyak tanah. Kalau guna lilin kira orang kayalah kami. Ada waktunya waktu malam kalau nak berjalan ke mana-mana pakai lampu jamong yang di letakkan dalam tong kecil nyalakan api lampu. Tapi bagusnya lampu macam ini boleh menghindarkan serangan Ular Kapak. Emak saya akan menggunakan lampu minyak tanah dua biji ketika menganyam ata rumbia. Ketika menganyang tikar mengkuang juga emak akan menyalakan dua biji lampu minyak tanah.Kalau orang agak berada sikit mereka menggunakan lampu Gas Solin. Waktu itu seingat saya pekan Sik sudah ada janakuasa letrik yang diusahakan oleh seorang usahawan di sana. Waktu pagi akan di

Kemalangan bas di selekoh Z

Imej
Zaman saya bersekolah dulu kena berulang alik ke Sekolah Menengah Sik dengan bas Mara. Bas ini menjadi bas sekolah kami yang datang dari Nami. Seawal enam pagi saya sudah menunggu bas dengan rakan-rakan. Pemandu bas bernama Pak Saad yang kami panggil Pak Aat. Orangnya begitu mesra dengan budak-budak sekolah boleh bercakap Siam tapi kalau bercakap Melayu bunyi slang Siamnya. Entah kenapa suatu pagi dia tidak memandu tetapi diserahkan kepada rakannya yang bekerja sebagai mekanik dengan Mara. Pak Saad duduk di bahagian belakang sambil melayan rakan-rakan saya. Bas Mara- sekadar hiasan Tiba di satu selekoh merbahaya yang dikenali oleh orang Kampung Sungai Batang sebagai Kona Z (corner) tiba-tiba sebuah lori balak datang dengan laju dan melanggar bas yang kami naik. Bahagian yang dilanggar ialah sebelah pemandu. Saya berada di bahagian depan bas, dekat tangga. Maklumlah budak-budak sekolah suka duduk.dikawasan tangga bas. Syukur kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan kepada

Kisah pilu

Imej
Sekitar tahun 1973, ketika saya pulang dari sekolah ke Kampung Sungai Batang, konduktor (orang Kedah sebut kolek) bas MARA yang saya sudah lupa namanya memberitahu sebuah lori balak kemalangan di Kampung Terenas. Tidak silap saya berhampiran ladang anggur Tasik Beris sekarang. Tragisnya kemalangan itu ialah pemandu lori balak itu tersepit pada bumbung lori yang telah dihempap kayu balak yang dibawanya. Menurut cerita orang yang menyaksi kejadian, mangsa meminta tolong kerana kesakitan yang amat sangat. Namun apakan daya orang ramai gagal membantu. Mereka cuma mampu mengajar mengucap dan memberi sedikit air kepada mangsa. Bantuan oleh pasukan Bomba (ketika itu belum dinamakan Penyelamat) kalau tidak silap dari Gurun atau Sungai Petani dan Alor Setar sahaja. Pekan Sik belum mempunyai pasukan Bomba. Itulah peristiwa yang sukar saya lupa sehingga kini biarpun saya tidak melihat namun kesannya ialah betapa perlunya bantuan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat mahupun JPA3. Kabarnya agens

Kedai Gambar Malaysia

Imej
Kedai Gambar Malaysia adalah satunya kedai gambar di pekan Sik. Pemiliknya seorang berbangsa Cina. Tahun 1970an masih ramai yang menggunakan filem untuk merakam gambar. Kedai inilah tempat saya menghantar filem untuk dicetak. Pernah sekali sebelum saya pergi belajar fotografi pada tahun 1977, filem yang dihantar jadi hitam. Rupa-rupanya filem tersebut telah expose kerana saya telah terbuka sebelum diproses. Harga sekeping gambar hampir seringgit. Jadi waktu wang pun tak berapa ada, maka kerja mencetak gambar tidaklah boleh dilakukan dengan banyak. Kalau hendak mencetak warna kena tunggu dekat seminggu baru siap kerana tauke kedai itu kena hantar ke Sungai Petani atau Alor Setar.Saya melihat mesin proses filem dan cetak gambar sekitar tahun 1976 di Sungai Petani. Filem ketika itu masih menggunakan format 120 atau 110mm. Maka kalau nak ambil gambar habis banyak saya guna 10 keping sahaja. Justeru untuk mengabadikan kenangan amat mahal pada zaman tersebut. Gambar yang dirakan d

Pekan Selasa

Kegemilangan Pekan Selasa tiada tolok bandingnya. Pekan ini adalah pasar lambak mirip pasar malam sekarang. Namun ia beroperasi hanya pada hari Selasa di kawasan Jalan Cepir. Ia menjadi tarikan masyarakat sekitar daerah Sik membawa ke Belantik. Kalau musim orang-orang Sik memepunyai rezekinya murah maka akan meriahlah Pekan Selasa. Emak saya biasanya akan ke Pekan Selasa ketika hampir waktu saya pulang sekolah. Menariknya emak akan membawa saya menjamu selera di kedai mamak. Kalau tak silap namanya Maiden. Ketika itu selera tengah tajam maka makanan kedai mamak ini cukup sedap. Namun saya tidak pasti emak membawa berapa jumpa wang kerana harga getah tidaklah mahal sangat. Paling mahal lima puluh sen sekati sahaja. Saya masih ingat emak akan membawa balik ikan Pelotan ( Mayong) seekor untuk dijadikan kari dan kami makan anak beranak dalam dua atau tiga hari. Peliknya, rumah saya tiada peti sejuk, namun masakan emak tidak basi! Pekan Selasa akan beroprasi dengan meriah menjual berbagai

Cek Lah

Siapa kawan kita dalam hidup ini yang berjasa kepada kita? Sebab itu seorang ayah ibu perlu tahu siapa kawan kita. Malahan seharusnya kita kena kenal siapa kawan anak-anak kita. Dalam ramai-ramai kawan saya sukar untuk melupai Cek Lah. Dia seorang abang yang mempunyai adik sebaya saya bernama Tajuddin. Saya menjadi karib dengan Cek Lah kerana adiknya rakan sekolah. Emak saya tidak menghalang berkawan dengan Cek Lah. Usianya hampir sepuluh tahun lebih tua dari saya. Walaupun kami mempunyai jarak umur yang begitu jauh, Cek Lah tidak memilih bulu, Oleh kerana dia belum berkahwin dan tinggal hanya dengan adiknya maka rumah Cek Lah adalah tempat saya melepak. Di rumahnya ada waktunya kami memasak mi segera. Dia suka melayan kami macam kawan-kawannya. Namun saya masih menjaga batasan kerana usia saya begitu jauh dengannya. Oleh kerana adiknya Tajuddin sedang belajar di UPM maka Cek Lah mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1979 untuk tinggal lebih dekat dengan adikny

Haji Wahid Ahmad

Imej
Haji Wahid Ahmad nama yang sukar saya hilangkan dalam sejarah hidup sebagai belia. Beliau bukan orang besar. Jauh sekali seorang sauadara. Haji Wahid hanya seorang jiran yang mempunyai pekerti seorang abang. Malah kalau saya hendak angkat dia sebagai abang pun tiada siapa tahu! Ketika saya berada di IKBN haji Wahid antara orang yang membantu melihat emak kalau ada sakit demam. Dia anak seorang Bilal di kampung Sungai Batang. Bapanya Haji Ahmad dimana orang kampung memanggilnya Chu Mad. Haji Wahid berkahwin dengan sepupunya Hajjah Habsah anak emak saudaranya. Mempunyai 3 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Ketika membawa lembunya untuk diberi makan dia akan singgah sebentar di rumah saya. Usianya yang lebih tua adari saya maka hormat kepadanya agak lebih sedikit. Ketika emak jatuh sakit pada tahun 1980 dia adalah orang yang bersusah payah menghubungi Pak Su saya di Seberang Prai. Haji Wahid juga mengirimkan telegeram kepada saya di Kuala Lumpur. Sukar untuk saya membayangkan jasa

Mengaji Al Quran

Masyarakat Kampung Sungai Batang ( kini Tasik Beris) kalau membahasakan orang lebih tua mereka akan memanggil Mak Long. Panggilan itu saya lihat begitu mesra. ada waktunya panggilan itu lebih menghormati seseorang melebihi seorang ibu saudara sendiri. Emak saya juga tidak lepas disebut Mak Long, Cuma kalau nak lebih jelas panggilan panjangnya Mak Long Teh. Oleh itu orang luar mungkin rasa pelik sebab semua panggilan buat mereka adalah Mak Long atau Pak Long. Guru mengajar Al Quran saya bernama Pak Long Mad, isterinya Mak Long Yah. Bermula saya kenal ayat-ayat mudah di dalam Al Quran hingga ke khatam Pak Long adalah orang yang bertanggungjawab. Emak saya bukan tak boleh mengajar tapi tahu-tahu sajalah bila mengaji dengan emak sendiri mata cepat mengantuk! Pada hemat saya, Pak Long Mad dan Mak Long Yah cukup banyak berjasa kepada saya dan keluarga. Mana tidaknya setiap malam emak akan bertandang mengambil saya di rumah mereka. Maklumlah kampung itu gelap gulita tanpa letrik. Oleh itu

Konvoi tentera & Polis Hutan, Bunyi Motar,

Kampung Sungai Batang merupakan kampung bersempadan Thailand. Cuma jaraknya agak jauh kerana tiada jalan untuk ke sana seperti Baling. Kalau melihat peta, bukit yang terdepat di pinggir kampung itu memang tidak jauh antara 20-30 KM mungkin itulah jaraknya kalau diukur menerusi peta. Cuma tiada jalan ke sana kerana terdapat banjaran bukit. Oleh kerana ia bersempadan dengan Thailand dan terdapat bukit bukau, maka di situlah terdapat pengganas komunis yang menjadi musuh negara ketika itu. Saya masih ingat, saya sering dikejutkan dengan bunyi deruan kenderaan tentera atau Polis Hutan (kini Pasukan Gerak Am PDRM). Ada waktunya mereka berkonvoi waktu dinihari sekitar pukul 1 atau 2 pagi. Pernah memakan masa hampir 30 minit konvoi itu melalui kampung itu. Jika waktu siang, kami kanak-kanak suka berdiri di tepi jalan kerana melihat konvoi tersebut pulang semula ke kem yang terletak di Sungai Petani atau sekitarnya. Inilah peluang kami memperolehi makanan dalam tin yang dicampak oleh anggota

Tasik Beris

Lihat catatan mengenai Tasik Beris

Menoleh ke belakang

Sila klik pada tajuk