Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Perjalanan malam yang lama

Pada tahun 1980 ibu saya jatuh sakit ketika baru 2 bulan bekerja di UKM. Kerana nak cepat sampai ke Kedah, saya mengambil teksi dari KL ke Ipoh. Jam 1 pagi dari Ipoh ke utara. Masa tu lebuhraya Utara Selatan belum ada. Pastinya jalan lama adalah laluan utama ketika itu. Sampai di Perak penumpang terakhir turun. Tinggallah saya seorang bersama pemandu teksi dalam kegelapan pagi sekitar jam 2 hingga 5 pagi......... Awal Januari 1980: 2.00 petang: Razali Jaman (abang) telah memberi sepucuk Telegram yang berbunyi "Ibu saudara sakit. Balik segera". Tertera cop Jabatan Telekom Pulau Pinang. 3.00 petang: Saya mengemas kain baju di rumah setinggan Kampung Kolam Air Kuala Lumpur. Saya meberitahu dengan ringkas kepada Cek Lah bahawa harus balik Kedah petang itu juga. 3.30 petang: Sesampai di perhentian teksi Pudu Raya saya cuba berunding untuk balik ke uata. Namun tiada teksi perjalanan terus. Atas cadangan pemandu-pemandu teksi kat situ saya mengambil teksi ke Ipoh. Tambang dah